ProNaja X2 (Pengaturcaraan atau Programming Naja X2) ialah sebuah permainan papan pendidikan lanjutan dari siri permainan sebelumnya iaitu ProNaja (2017) dan ProNaja J (2018). ProNaja X2 setara dengan ProNaja (2017) kerana permainan papan ini disediakan khusus untuk pembelajaran kursus MTS3063 Prinsip Pengaturcaraan / Principles of Programming yang diikuti oleh pelajar-pelajar dalam pengajian semester 1 bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bahasa aturcara yang digunakan di dalam kursus MTS3063 ini adalah bahasa aturcara C++.